May 21, 2011



I'd be lying if I said I didn't miss you :'/

When heart speaks . . .

Hurm, kay. Saya tak tahu samada awak akan baca ni atau tak tapi, maybe ni je cara utk bagitahu awak apa saya rasa sekarang. Kalau awak tak baca pun, hm well atlease saya dah try nak bagitahu :l Kay faham, cara saya macam pelik plus tak membantu but saya dah tak tahu nak buat apa sekarang ni. So, dengan penuh harapan di dada, saya berharap awak akan baca post bodoh yang ikhlas dari hati saya ni utk awak. Nak percaya atau tak, keputusan ada di tangan awak.

First thing first.
Saya tak tahu kenapa perasaan serba salah ni taknak pergi dari hati saya. Walaupun saya tahu, tu bukan salah saya. Tu salah awak! YA, TU SALAH AWAK! Ergh tak, tu salah saya :'/ Saya tak tahu kenapa saya kata tu sebenarnya salah saya. Mungkin sebab nampak kilauan pasir daripada permata. Dan saya tak tahu macam mana nak bagitahu awak yang saya betul betul mintak maaf. Saya tahu setakat kata kata maaf dalam belog ni tak membawa apa apa perubahan dekat hati awak. Saya betul betul mintak maaf. Sekarang awak dah boleh bawak sepanduk bertulis "SERVE YOU RIGHT" dan buat party besar besaran semperna meraikan kebodohan saya ni. Tapi saya betul betul mintak maaf.

Kenapa awak? Kenapa perasaan rindu saya dekat awak macam membuak buak kali ni? Tak, serious saya tak pernah rindu awak sampai macam ni. Tapi kenapa saya rindu awak? Kenapa sekarang? Kenapa disaat saya tahu rindu saya takkan dibalas? Bila mata saya bertemu dengan mata awak, saya terpaksa alih pandangan saya dekat tempat lain. Sebab saya tak kuat utk pandang mata awak. Sebab saya tak boleh terima kebenaran yang semua ni habis macam ni je. And I end up feeling so stupid like this. Why like this?

Cerita ni dah macam dalam drama. Penuh dengan pelakon pelakon terbaik dan skrip skrip yang gempak kan. Si A menyesal dekat si B tapi time tu si B dah tak pandang belakang dan si A pun kena tinggal macam tu disebabkan perbuatan dia selamani blablabla. Tapi, saya nak awak tahu, ini realiti. Saya tak pernah sediakan skrip utk semua ni. Yea, saya tahu awak takkan percaya. Saya pun takkan paksa awak utk percaya.


I don't know what to do. But all I know is that I'm missing you. 
And I'm still don't understand all the reasons why? 
I just wish things could be the way they used to be. 

p.s But things happen for a reason, kan ? 

May 14, 2011

Prank

Once upon a time, with Malia Amri . . .




Kay Malia Kay, rahsia anda sudah terbongkar sekarang. "Rocker" is her new bestfriend xD


K nak tanya. Dalam situasi ni, siapa yang bodoh? Si lelaki india ni sebab tak tekan tekan button end this conversation dan tetap layan Lady Gaga palsu ni. Or it is me? Sebab memperbodohkan lelaki india ni dengan perasan yang diri ni Lady Gaga sampai kononnya kata pergi mana mana pun orang akan kenal? HAHA.

p.s Tak sangka aku buat macam ni xD MUAHAHA .

May 4, 2011

It's okay

 
THIS !

p.s It was actually "Iloveyou". NOT "please love me too". Jyeahh !

May 2, 2011

Fade away

Dah lama tak update post panjang panjang. Kejanggalan melanda diri -_____-


Macam mana nak mula eh. Err, kay. Semua orang tahu apa itu "sayang" kan? Ofkos semua pernah rasa menyayangi dan disayangi kan. Tapi tak semua sayang tu akan terbalas. Ada yang anggap kita main main. Ada yang anggap kita sekadar jaga hati. Ada yang anggap kita sesaja nak game. Kengkadang, mungkin ada yang tak serious, tapi tak semua. Sayang bukannya boleh dipaksa. Ia datang dan ia pergi.

Sayang boleh pergi. Sayang boleh pergi bila ia tidak dibalas. K macam ni, buat apa sayang orang yang tak sayangkan kita? Mesti kita fikir macam takda guna pun aku sayang dia kalau apa yang dia bagi sekadar pandangan benci, kata kata yang menyakitkan dan lain lain lah. Paling sedih, bila dia seolah olah buat something yang menunjukkan dia taknak kita dalam life dia. Automatically, perasaan sayang tu pergi sebab hati kita dah hampa gila gila kan.

Or . . .

Sayang boleh pergi bila kita dah penat tunjuk betapa sayangnya kita. Tapi dia still tak percaya. Ulang sekali lagi : dia fikir kita tipu, main main, sekadar jaga hati, tak serious. EHH EHH C'MON C'MON! Perasaan aku dekat kau hanya aku dan Allah je yang tahu. So stfu and stop acting like you know everything! Mungkin anda tengah keliru kan. K meh sini duduk, saya terangkan.

PERBEZAAN TAK DIBALAS DAN PENAT UTK TUNJUK

  • Tak balas : Dia langsung tak tunjuk rasa sayang langsung. Bahasa kasar , dia macam cakap dekat kita , "wey, blah doh kau dari sini. Benci ah aku dengan kau". K nampak macam tak kasar kan? Tapi, NAMPAK je macam tak kasar. Kalau dah kena macam tu baru tahu apa rasa dia. Hati ni bagai digelek bulldozer -___-
  • Penat utk tunjuk : Kita dah tunjuk dan dia balas. Tapi dia still keep going on kata yang sayang kita ni itu lah ini lah. Cth , "ya ya aku tahu kau sayang aku. Tapi sayang kau dekat aku . . . blablabla" K nampak tak. DIA TAK PERCAYA KITA LAH DER. Fuhh, penat lah cenggini D: 
    Tapi tapi tapi ... Kita tak boleh lah nak judge orang tu sesuka hati. Maybe dia buat macam tu ada sebab. Dan, si dia pun tak boleh nak salahkan kita kalau tetibe sayang kita dekat dia pergi. Sebab kan dah cakap, perasaan sayang ni boleh pergi. So, hargai orang yang sayangkan kita dan tunjuk kita sayangkan orang tu before semuanya terlambat. 

    Never assume that LOVE is enough to make someone stay or come back to you, because when the pain strikes the heart, love fades away no matter how great it was.



    p.s Please don't lose this love that I loved the most.

    April 20, 2011

    Bintang

    ~ Awak, cuba tengok langit dekat luar.
    Haa, kenapa? Ada apa?

    ~ Err ... cuba tengok bintang kat langit tu. Nampak tak ada satu bintang tu macam terang semacam. Cuba teka, siapa bintang tu?
    Hurm, entahlah. Tapikan, bintang tu comel macam awak.

    ~ HAHA, apelah. Nampak tak dekat sebelah bintang tadi tu, ada satu lagi bintang. Bintang-bintang tu macam kita kan?
    Yeah, always ada bersama kan :D Cute je tengok.




    Well, I try to live without you. And tears fall from my eyes. I'm alone and I feel empty. God, I'm torn apart inside. I look up that STARS. Hoping you're doing the same. Somehow I feel closer and I can hear you say. 

    Oh, I miss you. I need you. And I love you more than I did before. For once, trust me T___T

    April 15, 2011

    Syok sendiri T.T

    Saya nak awak dalam hidup saya, tapi awak ada rancangan lain. Awak tahu tak sakit gila rasanya? Terpaksa pretend macam saya dah tak peduli. 
    IT'S KILLING ME INSIDE!

    p.s Iloveyou (:

    April 14, 2011

    Wondering #2

    p.s I still love you. Always do :l

    April 13, 2011

    Trust

    Trust. Alah, semua orang pandang macam benda ni simple je kan. Well actually it's not. Bukan senang nak dapat kepercayaan orang. Orang percaya dekat kita, harapkan kita apa semua. Dan, bukan senang jugak untuk kita pegang kepercayaan yang orang dah bagi dekat kita. Siapa kata senang? Tak , okay -___-

    Kengkadang, tak semua orang akan percayakan kita. Even orang yang kita sayang sekalipun, belum tentu percayakan kita. Ada yang sanggup cari orang lain untuk bercerita pasal apa dia rasa, cerita pasal masalah dia, cerita pasal hidup dia. Sedih kan? Okay, kalau benda macam ni jadi, pepandailah kita faham yang dia tak percayakan kita. Kay awak, saya dah faham dah, awak tak perlu cuba untuk fahamkan saya :)

    Tapi ada jugak yang suka bagi harapan dekat orang. Bagi kita harapan untuk kita percayakan dia. Lepas kita percayakan dia, apa dia buat just blah macam takda pape. Dia langsung tak hargai kepercayaan yang kita dah bagi dekat dia. Mungkin bagi dia, tahu apa masalah kita sebenarnya yang penting, bukan tolong selesaikan. At least, bantu kita gain confidence balik pun dah memadai. Ni tak, blah je -.- Sama jugak dengan orang yang suka buat janji. Dia bagi kita harapan yang tinggi dan kita pun percayakan dia. Lepas tu, dia lupa segala janji dia. Dia mainkan kepercayaan yang kita bagi dekat dia. Haish, orang macam ni rasa macam nak BAKO je zzz.

    That's why kita kena percaya diri sendiri. Kita tak boleh nak percaya orang 100%. Kengkadang, orang baik dengan kita ada sebabnya. Kengkadang, orang jahat dengan kita pun ada sebabnya. Orang boleh guna kepercayaan yang kita bagi dekat dia untuk kepentingan diri dia sendiri, dan sometimes kita tak sedar pun yang dia diguna. Kengkadang, kita tak boleh nak percaya orang sampai cerita segalanya dekat dia. Sebab sebenarnya 20% tak kesah pun dengan masalah yang kita hadapi. Lagi 80% tu pulak bangga sebab anda ada dia. Tak semua orang faham apa yang kita rasa, orang hanya boleh judge kita dengan cerita yang kita bagitahu. 

    Tapi apa pun, kita tak boleh salahkan orang sebab tak percayakan kita. Cermin diri balik, kita percaya ke dekat si dia? Kita percaya ke dekat diri kita sendiri? Macam mana orang nak percaya kita kalau kita tak percayakan diri kita sendiri? 

    Kepercayaan ni penting. Kalau takda kepercayaan, takkan ke mana nya kita. Kita kena hargai orang yang percayakan kita. Bukan senang nak dapat kepercayaan orang. So, bila dah dapat tu, pegang kepercayaan yang diberi tu elok elok. Dan kita memang kena percayakan orang sometimes, just tak boleh nak percaya bulat bulat. Jadi, hak awak nak percaya saya ke tak :) 

    We all need that one person in our lives who we can tell everything to and trust with our lives. Otherwise life becomes so lonely and painful.
    p.s Never lie to someone who trusts you. 
          Never trust someone who lies to you.

    April 11, 2011

    Wondering

    How this thing can explains everything. I hope you understand :l

    April 10, 2011

    Kata ...

    Anita kata ...

    Aisyah kata ...

    Nadia kata ...

    Arissa kata ...

    Tapi Fanaa kata ...

    Awak, saya jealous lah sebenarnya. Jangan buat lagi -.-
    Saya takkan menyerah kalah. Awak jangan buat sesuka hati awak xD
    I LOVE YOU.
    a lot
    Tapi kenyataannya, saya luar je okay. Dalam saya tak okay T_____T


    Secrets revealed


     Pernah tak terfikir, kita penat penat letak 100% usaha untuk jadi yang terbaik, untuk jadi yang paling susah mereka tinggalkan, paling susah untuk mereka lupakan dan cuba untuk jadi orang yang paling mereka sayang.  Tapi tetibe kita dapat tahu yang sebenarnya kita lah yang paling teruk dalam hidup mereka, kita lah orang yang paling senang mereka tinggalkan, kita lah orang yang paling senang mereka lupakan. Paling sedih, kita dapat tahu sebenarnya kita lah orang yang paling sikit sayangnya. Ouch it's hurt. Tapi inilah kenyataan yang kengkadang kita terpaksa terima.

    Apa nak buat? Kalau anda rasa anda bahagia dengan mereka, jangan pernah sesekali berhenti halang mereka dari keluar dari hidup anda. Kalau anda betul betul sayangkan mereka, jangan pernah sesekali cuba untuk give up.

    Eherm, saya mintak maaf. Saya dah halang awak. Tapi masa tu, awak macam dah tak sayang saya. Saya biarkan awak pergi. Tak bermakna saya tak sayang awak. Mereka kata, "Fight for your happiness". Saya tahu, cuma saya tertanya-tanya, adakah saya happiness awak? Jujur, awak happiness saya buat masa ni. Saya tahu, di mata awak saya langsung tak berkorban untuk dapatkan happiness yang saya cakap tu. Awak tak tahu. Awak tak tahu yang saya sebenarnya sedih tengok awak happy dengan orang lain. Seolah-olah awak cuba bagitahu saya yang saya bukan happiness awak. Saya undur selangkah. Saya tetap berlakon macam takda pape berlaku. Saya tetap senyum untuk kebahagiaan awak tu. Tapi dalam hati, awak takkan tahu. Sebab saya takkan tunjuk kesedihan saya. Kalau betul saya dah tak bermakna apa apa dalam hidup awak, saya terima. Atleast, saya tahu. Saya taknak awak paksa saya lupakan awak. Sebab saya takkan. Err , okay. Lastly saya nak awak tahu, saya rindu + sayang awak. Hak awak nak percaya atau tidak.                                               Oh tetibe. Awak kata awak give up. Saya terima. Saya macam dah tak tahu nak buat apa. Saya hormat keputusan awak. Itu hak awak, saya dah halang awak, tapi awak tetap dengan pendirian diri awak. Saya biarkan awak pergi. Erghh, saya speechless. Saya nak awak tahu, everytime awak pandang belakang, saya akan sentiasa ada untuk awak. Walaupun saya tahu awak takkan pandang belakang tapi ... K saya akan sentiasa ada disini untuk awak. 
    *ayat budak gedik memang mcm tu, buat dunno sudah -.-

    Okay, lega sikit bila dah lepas dekat belog. Sekurang-kurangnya, perasaan sebenar dah diberitahu. K bye :D

    April 3, 2011

    Time goes by

    Like seriously, it has been a long time I left this blog without any food. Or should I said, with no stories. Where have I been? I'm not going anywhere, I'm just here around somewhere. Thinking about life. As we all known, March had just passed by. Many good things happened, not forgotten the bad things either -__- Well, how am I supposed to tell you guys about the bad things? It's not even interesting, so not! What if i'm just shortened the stories, and tell about the good one? No objection? Good, let's begin :D

    In the beggining of March, we'll just get ourselves ready for our first test. Yeah, first assessment test. It supposed to be such an easy test right? Not for me. Suddenly shit happens. Just follow my heart and thank God, the result is not bad as I think it will be :D Not 8A's, still not in that stage. 6A's is such a good improvement to me. There's nothing to be proud of. Still have to work hard for my History and Mathematics.  

    I'm now a fourteen years old girl. Proud to admit that. 18th of March, an ordinary Friday at first. Just accompanied with a soundtrack called Friday by Rebecca Black. Suddenly changed to a night to remember. Thanks to everyone who wished me. Thanks for the long text messeges. Thanks for willing to call me. Thanks for playing your deep blue coloured guitar for me. Thanks for the cute little chocolate cupcakes. Thanks for the word. Sincerely, Iloveyouguysmore ♥ 

    Now, it's nothing but a memories to me. Goodbye March, thanks for being good. You taught me a lot about life. Hopes to see you soon.


    Dear April, 

    It have been for so long I didn't met you, since last year. Thanks for coming back. I do really hope that you bring any difference to my life before you decided to left me again. Please cheer me up with all your stupid April Fool jokes. Teach me something new. Something that can help me see myself, standing with my own  feet. Don't be too naughty, i'm afraid I can't handle it. Most of all, please be such a good month. Be a memories to me

    With love, 
    Norfarhanahms.

    March 24, 2011

    Text Messages


    Why do I even wait for you ...
    " Why do I even bother to expect a call from you, expect a message from you, expect anything from you. Even when I know in the back of my mind that you aren't, I still constantly check my phone for your calls and texts, and I even check my formspring and look at the messages to see if maybe, just maybe ... you thought about leaving me something there. All I do is disappoint myself. Sometimes I walk away from my phone. Leaving it for an hour or two but then after all that I run to my phone with a smile on my face with that deceiving feeling of knowing that you either called or texted, only just to myself with a frown and a reason to keep my head down. It's almost like I have my back turned walking the opposite direction from you, but my little big heart pulls my shirt, trying to stop me and tell me that I'm not doing the right thing. I don't really know what I'm doing from this point on. I'm kind of incomplete without you. "
    Kay, dalam post kali ni, just nak cerita pasal texts dan papejelah yang ada kene mengena dengannya. So, mesti korang ada texts yang korang takkan pernah rasa nak delete? Ada kan? Tak paham? Hurm, bak kata Tumblr, those texts that you don't want to erase. Mesti ada kan? Well, honestly, gua ada banyak. Sampai satu moment, sanggup saved dalam pendrive. K terlampau jujur -___-

    Pernah tak anda sakit hati gila, sampai anda buat keputusan melulu untuk off phone. Kononnya dengan harapan, bila anda on phone tu, ada something yang boleh buat anda tersenyum. And pernah tak, bila anda dah rasa ready untuk berdepan dengan kenyataan, anda on phone dan lihat yang .... takda pape pun yang sampai. Rumors paling familiar :

    a. Oh kay, dia dah tak ingat aku
    b. Oh kay, dia dah tak perlukan aku
    c. Oh kay, dia dah tak rindu aku
    d. Oh kay, dia dah tak sayang aku
    e. Oh kay, aku blah dari hidup kau. Tu yang kau nak

    LOL LOL. Mesti pikir macam ni kan? Well done. Sekurang-kurangnya, anda tahu kebenarannya. Tapi, macam mana kalau ini bukan kebenarannya? Mungkin, ada yang menghalang mereka. That's why kita kena beri mereka peluang untuk explain perkara sebenar. Tapi kalau dah berjuta kali asyik kita bagi peluang, mereka pulak reka alasan, yang tu dah boleh campak dalam tong sampah dah. Nampak sangat tengah pergunakan kita, cari kita time mereka perlukan sesuatu dari kita je. Tak pun, time dia tengah bosan dan tak tahu nak buat apa. EHH, lempang laju laju nak ?

    Sometimes, mesti anda rasa macam, what's the point kalau aku saved this old stupid messages? Nak simpan buat apa? Dah takda makna dah. Benda tu dah takkan berulang lahh. Simpan pun buat sakit hati . Baik aku delete je!!!
    Owww, kejap. Jangan delete lagi! Cuba fikir panjang dulu. Tu je kan kenangan anda dengan mereka. Dah kalau semua nak delete, mana tinggal kenangan yang anda share bersama dia dulu? Bukan ke moment with them were used to be the happiest moment in your life? Okay, faham. USED TO BE. Pernah. Tapi ia tetap waktu paling bahagia. Habis tu, anda nak lupakan waktu paling bahagia anda bersama mereka dengan mendelete semua texts yang anda saved? Kalau rindu mereka nanti, nak tengok apa sebagai pengubat rindu? Texts tu ibarat apa yang mereka cuba nak sampaikan dekat kita. So, fikirlah dulu before nak bertindak.

    Okay, gua faham. Kengkadang, kita tunggu mereka yang text kita. Tapi pernah tak terfikir kalau mereka pun buat perkara yang sama. Mereka pun tengah tunggu text dari kita. Okay, ni KALAU. Dan gua juga faham, bila anda dah turunkan ego anda dan cuba text sebab anda rindu, tapi respond yang mereka bagi tak seperti apa yang anda harapkan. Ibarat mereka tidak merindui anda dan tidak menghargai text yang anda hantar tu. Okay faham sangat. Rasa macam nak tolak je dia masuk longkang kan -.- Kay, mungkin mereka sesaje buat macam tu. Gua faham , sebab gua pun pernah buat macam tu jugak. Act macam gua tak hargai tapi sebenarnya gua happy (: Manusia ni memang pelik.

    Nasihat gua ; Just, jangan terlampau berharap . Stop expecting , just assume.


    If they miss you, they'll text.
    If they want you, they'll say it.
    And if they care, they'll show it.
    If not, they can't be worth your time 
    because you're obviously not worth them.


     

    p/s I miss you and all your silly random texts. Please tell me if you do too :l

    March 15, 2011

    Finally ...

    Amaran : Post ini mengandungi unsur unsur berlagak + show off. Sesiapa yang rasa budaya ini sangatlah tidak elok, cepat cepat lah click "close tab". Sekian.

    Err, berlagak? Show off? Apa semua ni? Tak tahu cerita pun? Cer cite cer cite (!) Kay, actually takda niat untuk berlagak mahupun show off dekat sini. Just nak cerita pasal perasaan kita bila dapat sesuatu yang dah lama kita nak. Eh jap. Kita? KITA? KITA?

    Okay, korang mesti pernah idamkan sesuatu kan? Lah, tak payah nak tipu lah kalau korang kata, "Takdalah, mana ada". Hundred percent sure korang pernah teringinkan sesuatu. Ada certain people yang dah dapat, dan ada yang tak dapat lagi. Key word dia hanya, sabar :)

    *Dahlah, stop lah memvevel. Cepatlah cerita apa yang kau dapat tu -___-
    Err, okay okay. Sabarlah. Kena buat introduction dulu. Takkan lah nak pakai terjah je. Hah, ni hah apa gua dapat. Tengok lah, tengok O.O


    Semalam, bersamaan 14.03.11, gua dapat DSLR yang dah lama gua nak tu. Tapi takdalah kecik macam Si Danbo ni punya. Gua punya model Nikon D3100. Curi dekat kedai Foto Flash, AEON Wangsa Maju. Harga? Eh, kan gua kata gua curi -.- HAHA. Nah, harga dalam lingkungan RM2***. DSLR mana ada yang RM1.50, sayang. Semua mahal -____________-

    Balik rumah, macam biasalah. Kena buat baik. BUAT BAIK? Err, yelah. Buat baik. Takkan lah nak kena story jugak? ....... K fine! Balik tu, mama dah memvevel soh simpan warranty card dengan resit dalam laci. Kot kot nanti ada pape. Lepas tu simpan barang barang dalam peti sejuk. Almaklumlah, time tu baru balik Giant. Beli barang kakak. Then masak maggi. Atau lebih tepat, dipaksa masak maggi -.-Fine, akur jelah kan. Alah, biasalah. Jadi baik kejap. Orang baru dapat barang kan, yang ada tanduk pun boleh tetiba ada sayap. Err faham? o.O

    Perasaan time dapat tu, WAHAHA, DUNIA INI GUA YANG PUNYA \m


    HAHA, tu before tetiba ada suara mencelah suruh buat itu buat ini. K fine, akurlah lagi kan. Nanti ingat kita lupa diri pulak kan. Takpe takpe, demi DSLR, gua sanggup !

    p/s Gua ada DSLR, lu ada kewwwwwwwww ? HARHAR, BERLAGAK NAK MAMPUS. BOLEH JALAN AHH. MENCIK GUA -.-

    March 14, 2011

    Gatal gatal

    Oh yeah. Sorry, dah lama sangat tak update belog ni. Busy plus takda idea nak update apa. Uh, nampak tak perubahan sikit dekat belog ni? Semua stok nak jadi panda je kan. HAHA. Thanks kepada Cik Hannafauzann sebab letak toturial dekat belog dia. Ni semua ikut panduan dari belog dia. Thanks sekali lagi :D *cakap macam dia kenal je aku xD

    Okay dah, jom start (!)

    Harini malas nak cerita pasal perangai apa semua. So, apa yang gatal sangat ni? Takdalah gatal mana pun. Saja letak title macam tu, bagi korang gelabah sikit. Gelabah tak? Gelabah tak? XD Haaaaa, tak? Okay fine -.-

    Kenal tak kumpulan One Direction? Alah, kumpulan ni takdalah popular macam kumpulan Paramore, Secondhand Serenade ataupun Boys Like Girls. Kumpulan ni siapa yang tahu, tahulah. Yang tak tahu, tak tahulah. Macam kumpulan Hey Monday, ada yang kenal, ada yang tak sebab kumpulan ni tak berapa nak popular.

    Ahhhhh, tu ahli-ahli One Direction. Tekan gambar kalau nak buat cuci mata xD Tak silap, mereka ni pemenang X-Factor 2010. Yang luar negara punya pertandingan nyanyi nyanyi tu. K dah, tak penting. Jom usha benda lain pulak.
    Harry Styles ♥
    Ahh, mamat ni hensem :'D

    Liam Payne ♥

    " I like girls who eat carrots " - Louis Tomlinson ♥

    Niall Horan ♥

    Zayn Malik ♥
    Bulu mata dia , sumpah lawaa ;)

    Dah puas cuci mata? Try dengar lagu diorang ni pulak. Ni first single diorang lepas diorang menang. Lepas tu tak dengar cerita dah, HARHAR.


     

    Ahhhhh, dah tengok dah? Kay, habis dah cerita pasal One Direction. Nak tahu lagi, googled sendiri. 

    p/s Post kali ni tak banyak cakap, gambar je melebih. Sorry if bosan. Tapi mesti best kan sebab dapat usha mamat hensem. Kan? CEHH, macam tak tahu pulak x) 

    March 2, 2011

    Hold your promises


    Apa itu promises? Okay, dalam bahasa melayu bermaksud janji. Ya, saya tahu. Tapi, apa itu janji sebenarnya? Pernah tak terlintas untuk menanyakan soalan ni? Oh ya, tadi dah Googled dan janji bermaksud :
     "sesuatu ucapan yang menyatakan kesediaan dan kesanggupan untuk berbuat sesuatu".
    WHAT?! Cuba anda compare kan maksud janji diatas dengan apa yang anda dah berjanji? Eh, sanggup ke anda berbuat sesuatu? Atau sekadar kata-kata yang manis yang dilontarkan sesuka hati untuk menjaga hati sesuatu pihak? Boleh jadi. Cuba fikirkan ... Tak rasa pelik ke, bila seseorang tu nak berjanji, dia menggunakan kata-kata yang manis gila nak mampus, Ibarat guna gula berpaket-paket, memang boleh kena diabetis lah, tapi langsung tak memaksudkannya -.-

    Apa point anda berjanji manis bagai, kalau alasan just nak jaga hati? Baik tak payah janji. Cuba bayangkan, bila suatu hari nanti anda memungkiri janji tersebut. Tak ke sedih si dia rasa, yelah. Anda dah beri dia harapan yang tinggi. Last last, anda just blah buat poker face macam anda tak buat salah. Bila ungkit sikit, anda kata, ada hikmah lah tu. Okay fine, memanglah ada hikmah. Tapi janji tu kan dah macam amanah. Kalau dah tau anda tak kan dapat tunaikan janji tu, jangan lah pepandai nak berjanji. Fikir dahulu sebelum mengeluarkan kata-kata.

    Lagi satu yang peliknya, janji untuk forever tapi just kekal 10 saat. Tahu tak? Kebanyakkan orang tidak pernah serius dengan "forever". Ya, forever memang tak wujud, sebab manusia sendiri tak pernah pegang janji kita untuk stay forever, Semua ambil alternatif lain, cari jalan senang, Semua pakai blah, lupa segala janji. Tengok, hebat kan manusia? Cakap tak serupa bikin :D

    Cuba lah ambil time, fikir masak-masak. Adakah anda sanggup nak buat apa yang anda nak janji tu. Takda guna pun actually bila anda dah berjanji, lepas tu pakai blah, lupa segalanya. Tidak mendatangkan apa apa selain dosa. Fikirlah, kalau suatu hari nanti seseorang buat anda macam tu, apa anda rasa? Samalah macam apa si dia akan rasa jika anda memungkiri janji.

    So kesimpulannya, nak buat janji boleh. Tapi make sure anda berpotensi untuk menunaikan janji anda. Jangan sesekali fikir yang dengan berjanji, masalah selesai. Masalah akan selesai, jika suatu hari nanti anda betul betul tunjuk yang anda berpegang kepada janji tu.


    p/s Promises mean everything. Once their broke, sorry means NOTHING (!)

    February 19, 2011

    People are people .

    Uh uh, ada soalan !!! *angkat tangan

    Ni lah masalah pelajar. Time dalam kelas tak nak pulak angkat tangan bila ada soalan. Kat belog ni jugak nak buat gebang sana sini. Okay, my answer is : Sebab soalan ni kat mana² sekali pun, jawapan tetap ada dalam diri masing². Just kena bukak mata dan lihat je. Soalannya berbunyi begini :

    Jika anda diminta untuk memilih diantara orang yang anda sayang vs. orang yang dah banyak tolong anda. Anda pilih yang mana? Ini diantara jawapan yang munasabah. Lihat cara pemikiran mereka :

    "Sepatutnya kena pilih orang yang dah banyak bantu kita. Tapi gua pilih orang yang gua sayang. Pastu gua sedar yang sepatutnya gua pilih orang yang dah banyak bantu gua."
    - Mak Limah nasi lemak

    "Jap, kenapa tanya? HAHA. Saya pilih orang yang dah banyak bantu saya. Yelah, kalau kita sayang orang tu, tapi dia tak sayang kita. Tak ke bodoh tu? Orang yang dah banyak bantu kita ni orang yang banyak buat jasa dekat kita. Dia bantu kita pun sebab dia sayang kita."
    - Pak Abu cendol 

    "Hish, susah soalan ni. Dalam dunia realiti, kita akan pilih orang yang kita sayang sebab kita sayangkan dia. Tapi dalam dunia realiti jugak kita akan menyesal, kita sepatutnya pilih yang banyak bantu kita. Tapi masa tu dah tak guna lah. Benda dah jadi."
    - Kak Eton goreng pisang

    "Aku akan pilih dua² sebab dua dua important atau aku akan tinggalkan dua² sebab dua dua useless"
    - Norfarhanahms

    Actually, apa yang mereka fikirkan, semua masuk akal. Sebab mereka dah ada pengalaman. Pengalaman macam mana kena dumb macam tu je. Macam mana mereka kena guna. Macam mana rasa sakit bila sayang tk berbalas. Macam mana rasa bila tk dapat perhatian. Dan macam macam lah. So itu conclusion mereka. Nasihat saya, pilihlah yang anda rasa boleh membahagiakan anda selamanyanya, bukan hanya untuk sementara waktu sahaja. Nanti free² menyesal tak sudah. Kay ? ^^,

    Pesanan kepada mereka yang rasa dirinya disayangi oleh seseorang :

    Eh, please lah. Jangan mainkan perasaan mereka. Janganlah cari mereka bila anda rasa dah tiada siapa yang sudi layan anda. Cuba anda bayangkan kalau suatu hari kelak, orang buat anda macam tu? HAHA, PADAN MUKA lah. Time anda diberi perhatian, anda buang perhatian yang diberikan tu dalam longkang, bila dah tkda nanti, mula nak cari sampai lubang cacing. Just ingat, seseorang tu boleh pergi bila dia dah penat layan anda. Time tu, menangis air mata darah sekali pun, dah tkda guna. Okay? So remind yourself, jgn sampai si dia menyirap dengan anda sampai mcm ni :

    Pesanan kepada mereka yang rasa dirinya dah beri yang terbaik tetapi tkda pape pun yang berubah :

    So, are you going to give up now? Please don't. Try harder. Anda boleh lakukannya. Tapi kalau dah berjuta kali mencuba, tapi tiada perubahan, so blah je. What's the point anda nak fight lagi kalau anda je yang berusaha untuk pulihkan keadaan tapi mereka buat bodoh je? Anda dah cuba yang terbaik. Tapi kalau anda rasa susah sebab anda sayangkan mereka, then fight lagi. Kalau dah penat, biarkan mereka. Bila mereka dah sedar, kita tepuk tangan kuat² dekat mereka. Kita hargai mereka yang dah sedar dengan sikap bodoh mereka tu. Okay? ;)

    p/s Papehal just ingat, Allah nak uji anda. DIA sayang anda dan itulah sebab kenapa anda diuji sebegini rupa. Allah Maha Adil. Jika dia bukan yang terbaik, akan ada yang datang suatu hari nanti. You just have to wait. 


    February 15, 2011

    Jealous

    Okay, pernah dengar perkataan jealous? Actually apa tu jealous? Jealous boleh didefinisikan dalam pelbagai cara. Okay stop. Bukan nak belajar BM apa kat sini --- Manusia ni memang dah diciptakan sekali package dengan sifat jealous kan? So meh sini nak cerita pasal apa gua punya jealous.

    1. Jealous tengok belog orang 
    I was wondering, apasal belog diorang tu lawa lawa sangat? Dan, diorang macam ada je yang nak diceritakan. Walaupun kengkadang gua sendiri tak paham apa diorang merepek tapi bila tengok feedback, ada yang like. Okay itu pelik. Atau gua yang pelik sebab tak paham? Dah, sama sama pelik.
    Saya tahu belog korang lawa. Macam mana korang edit belog korang. Dah dah, belog korang lawa, Jealous ni. Dah, shuh shuh XD

    2. Jealous tengok budak pandai
    Ya, benda ni siapa tak jealous? Semua jealous kan. Tapi paling gua jealous bila tengok kawan kawan gua jawab Maths guna sebelah mata je o.- Senang je tengok. Tapi bila sampai kat gua, ternganga sampai air liur meleleh. Dan dan, jealous tengok orang pandai speaking. I also can shekiping but not too goodlah *BI hancus XD

    Okay, yang atas ni main main je. Ni serious -.-


    Apa yang anda dapat perhatikan daripada gambar diatas?

    a) Oh, mereka happy. Comelnya x)
    b) Bestnya kalau aku pun macam diorang. Sweet je.
    c) Eh jap, kenapa dengan yang hujung sekali tu? Adakah dia . . .
    d) Gambar ni lawa . Apa yang kau cuba nak sampaikan ?
    e) Ini jari orang, aku tau tu -.-

    Okay, berapa ramai yang rasa jawapan dia A / B ? Anda sangatlah mementingkan diri sendiri! Siapa yang rasa jawapan dia D / E ? Anda sangatlah annoying. Blah kau XD Siapa rasa jawapan dia C? Meh sini, kita duduk sama sama.

    Sometimes, kita ni tak nampak apa ada depan kita. Kita tk habis habis cuba nak cari yang lain, nak cari yang perfect lah kononnya. Kenapa? Sebab manusia memang tkkan pernah bersyukur dengan apa yang ada depan mata kita sampai kita kehilangannya. Dah, jangan nak point sesiapa sebab actually benda ni ada dalam diri setiap orang, including YOU. Yeah, you. Yang tengah baca ni.

    Sometimes kita tak nampak yang ada seseorang yang dah banyak berkorban untuk kita. Tak kesah lah sama ada benda tu sekecil mana sekali pun, selagi ia dipanggil 'pengorbanan', selagi tu benda tu berharga. Kengkadang, pengorbanan ni tak perlu buat besar besaran, that's why kita tk nampak so kita tak boleh nak cop seseorang tu tak pernah berkorban untuk kita. Tapi, kengkadang pengorbanan tu mmg boleh dilihat tapi kita still tak dapat nak faham. Kenapa? Sebab pengorbanan yang seseorang tu bagi bukan dari orang yang kita spot akan berkorban untuk kita. Betul tak?

    Chop! Apa kene mengena benda ni dengan jealous? Actually, kita tak bolehlah nak marah orang yang marah kita. Paham? HAHA. Sometimes, orang yang marah kita rapat dengan orang lain tu, sebenarnya sebab dia jealous dan jealous kan tandanya sayang? Kalau kita marah dia, sama macam kita marah dia sayang kita. Kita nak dia sayang kita tapi kita marah dia jealous kita rapat dengan orang lain? Sama macam kita nak dia sayang kita tapi kita marah dia sayang kita. Bukan ke tu pelik?

    So, sama sama kita buka mata dan buka minda. First, hargai orang yang ada depan kita. Tu paling penting. Second, nak jealous pun jealous lah benda yang elok elok. Ni nak jealous sebab muka dia lawa apa bagai buat apa? Okay ^^,

    Ini sebab mengapa saya jealous. Jangan marah saya :)

    February 13, 2011

    Hello back .

    *angkat tapak tangan, HELLO !

    Dah lama tak update kan kan? Okay, mmg mempunyai alasan yang tersendiri yang tidak perlu diketahui. Kalau nak tau jugak, tanya kat formspring.me gua. *sesaja promote formspring

    So, apa cer? *angkat bulu kening
    2 bulan tanpa belog kesayangan, gua buat apa? Okay, soalan yang bagus. Lu mmg busybody XD Gua makan, gua minum, gua shishi, gua belajar. Ulang sekali lagi, GUA BELAJAR! Yang dah tenganga tu, baik tutup mulut lu before penampar gua sampai kat pipi lu -.- Der, gua bukannya malas pun der. Cuma gua . . . tak berapa nak rajin je. Dah, tutup cerita belajar. Gua rasa dihina XD

    Jom cerita pasal sekolah ^^, Gua Pandu Puteri, permainan badminton, kelab usahawan muda dan rumah Biru.   Okay, soalan ni popular. "Kalau kau nak tukar rumah, kau pilih rumah apa?". Jawapan gua, Ungu! Alasan gua, ahh lantak gua lah. Gua suka warna ungu. Dah, senyap. Jangan pertikaikan alasan gua. Bagi gua alasan gua munasabah. Senyap! XD

    So kalau nak tau apa apa lagi pasal gua, bukak gua punya formspring. Dijamin gua balas soalan lu *promote lagi HAHA

    Okay okay, bye *lambai lambai