February 19, 2011

People are people .

Uh uh, ada soalan !!! *angkat tangan

Ni lah masalah pelajar. Time dalam kelas tak nak pulak angkat tangan bila ada soalan. Kat belog ni jugak nak buat gebang sana sini. Okay, my answer is : Sebab soalan ni kat mana² sekali pun, jawapan tetap ada dalam diri masing². Just kena bukak mata dan lihat je. Soalannya berbunyi begini :

Jika anda diminta untuk memilih diantara orang yang anda sayang vs. orang yang dah banyak tolong anda. Anda pilih yang mana? Ini diantara jawapan yang munasabah. Lihat cara pemikiran mereka :

"Sepatutnya kena pilih orang yang dah banyak bantu kita. Tapi gua pilih orang yang gua sayang. Pastu gua sedar yang sepatutnya gua pilih orang yang dah banyak bantu gua."
- Mak Limah nasi lemak

"Jap, kenapa tanya? HAHA. Saya pilih orang yang dah banyak bantu saya. Yelah, kalau kita sayang orang tu, tapi dia tak sayang kita. Tak ke bodoh tu? Orang yang dah banyak bantu kita ni orang yang banyak buat jasa dekat kita. Dia bantu kita pun sebab dia sayang kita."
- Pak Abu cendol 

"Hish, susah soalan ni. Dalam dunia realiti, kita akan pilih orang yang kita sayang sebab kita sayangkan dia. Tapi dalam dunia realiti jugak kita akan menyesal, kita sepatutnya pilih yang banyak bantu kita. Tapi masa tu dah tak guna lah. Benda dah jadi."
- Kak Eton goreng pisang

"Aku akan pilih dua² sebab dua dua important atau aku akan tinggalkan dua² sebab dua dua useless"
- Norfarhanahms

Actually, apa yang mereka fikirkan, semua masuk akal. Sebab mereka dah ada pengalaman. Pengalaman macam mana kena dumb macam tu je. Macam mana mereka kena guna. Macam mana rasa sakit bila sayang tk berbalas. Macam mana rasa bila tk dapat perhatian. Dan macam macam lah. So itu conclusion mereka. Nasihat saya, pilihlah yang anda rasa boleh membahagiakan anda selamanyanya, bukan hanya untuk sementara waktu sahaja. Nanti free² menyesal tak sudah. Kay ? ^^,

Pesanan kepada mereka yang rasa dirinya disayangi oleh seseorang :

Eh, please lah. Jangan mainkan perasaan mereka. Janganlah cari mereka bila anda rasa dah tiada siapa yang sudi layan anda. Cuba anda bayangkan kalau suatu hari kelak, orang buat anda macam tu? HAHA, PADAN MUKA lah. Time anda diberi perhatian, anda buang perhatian yang diberikan tu dalam longkang, bila dah tkda nanti, mula nak cari sampai lubang cacing. Just ingat, seseorang tu boleh pergi bila dia dah penat layan anda. Time tu, menangis air mata darah sekali pun, dah tkda guna. Okay? So remind yourself, jgn sampai si dia menyirap dengan anda sampai mcm ni :

Pesanan kepada mereka yang rasa dirinya dah beri yang terbaik tetapi tkda pape pun yang berubah :

So, are you going to give up now? Please don't. Try harder. Anda boleh lakukannya. Tapi kalau dah berjuta kali mencuba, tapi tiada perubahan, so blah je. What's the point anda nak fight lagi kalau anda je yang berusaha untuk pulihkan keadaan tapi mereka buat bodoh je? Anda dah cuba yang terbaik. Tapi kalau anda rasa susah sebab anda sayangkan mereka, then fight lagi. Kalau dah penat, biarkan mereka. Bila mereka dah sedar, kita tepuk tangan kuat² dekat mereka. Kita hargai mereka yang dah sedar dengan sikap bodoh mereka tu. Okay? ;)

p/s Papehal just ingat, Allah nak uji anda. DIA sayang anda dan itulah sebab kenapa anda diuji sebegini rupa. Allah Maha Adil. Jika dia bukan yang terbaik, akan ada yang datang suatu hari nanti. You just have to wait. 


February 15, 2011

Jealous

Okay, pernah dengar perkataan jealous? Actually apa tu jealous? Jealous boleh didefinisikan dalam pelbagai cara. Okay stop. Bukan nak belajar BM apa kat sini --- Manusia ni memang dah diciptakan sekali package dengan sifat jealous kan? So meh sini nak cerita pasal apa gua punya jealous.

1. Jealous tengok belog orang 
I was wondering, apasal belog diorang tu lawa lawa sangat? Dan, diorang macam ada je yang nak diceritakan. Walaupun kengkadang gua sendiri tak paham apa diorang merepek tapi bila tengok feedback, ada yang like. Okay itu pelik. Atau gua yang pelik sebab tak paham? Dah, sama sama pelik.
Saya tahu belog korang lawa. Macam mana korang edit belog korang. Dah dah, belog korang lawa, Jealous ni. Dah, shuh shuh XD

2. Jealous tengok budak pandai
Ya, benda ni siapa tak jealous? Semua jealous kan. Tapi paling gua jealous bila tengok kawan kawan gua jawab Maths guna sebelah mata je o.- Senang je tengok. Tapi bila sampai kat gua, ternganga sampai air liur meleleh. Dan dan, jealous tengok orang pandai speaking. I also can shekiping but not too goodlah *BI hancus XD

Okay, yang atas ni main main je. Ni serious -.-


Apa yang anda dapat perhatikan daripada gambar diatas?

a) Oh, mereka happy. Comelnya x)
b) Bestnya kalau aku pun macam diorang. Sweet je.
c) Eh jap, kenapa dengan yang hujung sekali tu? Adakah dia . . .
d) Gambar ni lawa . Apa yang kau cuba nak sampaikan ?
e) Ini jari orang, aku tau tu -.-

Okay, berapa ramai yang rasa jawapan dia A / B ? Anda sangatlah mementingkan diri sendiri! Siapa yang rasa jawapan dia D / E ? Anda sangatlah annoying. Blah kau XD Siapa rasa jawapan dia C? Meh sini, kita duduk sama sama.

Sometimes, kita ni tak nampak apa ada depan kita. Kita tk habis habis cuba nak cari yang lain, nak cari yang perfect lah kononnya. Kenapa? Sebab manusia memang tkkan pernah bersyukur dengan apa yang ada depan mata kita sampai kita kehilangannya. Dah, jangan nak point sesiapa sebab actually benda ni ada dalam diri setiap orang, including YOU. Yeah, you. Yang tengah baca ni.

Sometimes kita tak nampak yang ada seseorang yang dah banyak berkorban untuk kita. Tak kesah lah sama ada benda tu sekecil mana sekali pun, selagi ia dipanggil 'pengorbanan', selagi tu benda tu berharga. Kengkadang, pengorbanan ni tak perlu buat besar besaran, that's why kita tk nampak so kita tak boleh nak cop seseorang tu tak pernah berkorban untuk kita. Tapi, kengkadang pengorbanan tu mmg boleh dilihat tapi kita still tak dapat nak faham. Kenapa? Sebab pengorbanan yang seseorang tu bagi bukan dari orang yang kita spot akan berkorban untuk kita. Betul tak?

Chop! Apa kene mengena benda ni dengan jealous? Actually, kita tak bolehlah nak marah orang yang marah kita. Paham? HAHA. Sometimes, orang yang marah kita rapat dengan orang lain tu, sebenarnya sebab dia jealous dan jealous kan tandanya sayang? Kalau kita marah dia, sama macam kita marah dia sayang kita. Kita nak dia sayang kita tapi kita marah dia jealous kita rapat dengan orang lain? Sama macam kita nak dia sayang kita tapi kita marah dia sayang kita. Bukan ke tu pelik?

So, sama sama kita buka mata dan buka minda. First, hargai orang yang ada depan kita. Tu paling penting. Second, nak jealous pun jealous lah benda yang elok elok. Ni nak jealous sebab muka dia lawa apa bagai buat apa? Okay ^^,

Ini sebab mengapa saya jealous. Jangan marah saya :)

February 13, 2011

Hello back .

*angkat tapak tangan, HELLO !

Dah lama tak update kan kan? Okay, mmg mempunyai alasan yang tersendiri yang tidak perlu diketahui. Kalau nak tau jugak, tanya kat formspring.me gua. *sesaja promote formspring

So, apa cer? *angkat bulu kening
2 bulan tanpa belog kesayangan, gua buat apa? Okay, soalan yang bagus. Lu mmg busybody XD Gua makan, gua minum, gua shishi, gua belajar. Ulang sekali lagi, GUA BELAJAR! Yang dah tenganga tu, baik tutup mulut lu before penampar gua sampai kat pipi lu -.- Der, gua bukannya malas pun der. Cuma gua . . . tak berapa nak rajin je. Dah, tutup cerita belajar. Gua rasa dihina XD

Jom cerita pasal sekolah ^^, Gua Pandu Puteri, permainan badminton, kelab usahawan muda dan rumah Biru.   Okay, soalan ni popular. "Kalau kau nak tukar rumah, kau pilih rumah apa?". Jawapan gua, Ungu! Alasan gua, ahh lantak gua lah. Gua suka warna ungu. Dah, senyap. Jangan pertikaikan alasan gua. Bagi gua alasan gua munasabah. Senyap! XD

So kalau nak tau apa apa lagi pasal gua, bukak gua punya formspring. Dijamin gua balas soalan lu *promote lagi HAHA

Okay okay, bye *lambai lambai