February 19, 2011

People are people .

Uh uh, ada soalan !!! *angkat tangan

Ni lah masalah pelajar. Time dalam kelas tak nak pulak angkat tangan bila ada soalan. Kat belog ni jugak nak buat gebang sana sini. Okay, my answer is : Sebab soalan ni kat mana² sekali pun, jawapan tetap ada dalam diri masing². Just kena bukak mata dan lihat je. Soalannya berbunyi begini :

Jika anda diminta untuk memilih diantara orang yang anda sayang vs. orang yang dah banyak tolong anda. Anda pilih yang mana? Ini diantara jawapan yang munasabah. Lihat cara pemikiran mereka :

"Sepatutnya kena pilih orang yang dah banyak bantu kita. Tapi gua pilih orang yang gua sayang. Pastu gua sedar yang sepatutnya gua pilih orang yang dah banyak bantu gua."
- Mak Limah nasi lemak

"Jap, kenapa tanya? HAHA. Saya pilih orang yang dah banyak bantu saya. Yelah, kalau kita sayang orang tu, tapi dia tak sayang kita. Tak ke bodoh tu? Orang yang dah banyak bantu kita ni orang yang banyak buat jasa dekat kita. Dia bantu kita pun sebab dia sayang kita."
- Pak Abu cendol 

"Hish, susah soalan ni. Dalam dunia realiti, kita akan pilih orang yang kita sayang sebab kita sayangkan dia. Tapi dalam dunia realiti jugak kita akan menyesal, kita sepatutnya pilih yang banyak bantu kita. Tapi masa tu dah tak guna lah. Benda dah jadi."
- Kak Eton goreng pisang

"Aku akan pilih dua² sebab dua dua important atau aku akan tinggalkan dua² sebab dua dua useless"
- Norfarhanahms

Actually, apa yang mereka fikirkan, semua masuk akal. Sebab mereka dah ada pengalaman. Pengalaman macam mana kena dumb macam tu je. Macam mana mereka kena guna. Macam mana rasa sakit bila sayang tk berbalas. Macam mana rasa bila tk dapat perhatian. Dan macam macam lah. So itu conclusion mereka. Nasihat saya, pilihlah yang anda rasa boleh membahagiakan anda selamanyanya, bukan hanya untuk sementara waktu sahaja. Nanti free² menyesal tak sudah. Kay ? ^^,

Pesanan kepada mereka yang rasa dirinya disayangi oleh seseorang :

Eh, please lah. Jangan mainkan perasaan mereka. Janganlah cari mereka bila anda rasa dah tiada siapa yang sudi layan anda. Cuba anda bayangkan kalau suatu hari kelak, orang buat anda macam tu? HAHA, PADAN MUKA lah. Time anda diberi perhatian, anda buang perhatian yang diberikan tu dalam longkang, bila dah tkda nanti, mula nak cari sampai lubang cacing. Just ingat, seseorang tu boleh pergi bila dia dah penat layan anda. Time tu, menangis air mata darah sekali pun, dah tkda guna. Okay? So remind yourself, jgn sampai si dia menyirap dengan anda sampai mcm ni :

Pesanan kepada mereka yang rasa dirinya dah beri yang terbaik tetapi tkda pape pun yang berubah :

So, are you going to give up now? Please don't. Try harder. Anda boleh lakukannya. Tapi kalau dah berjuta kali mencuba, tapi tiada perubahan, so blah je. What's the point anda nak fight lagi kalau anda je yang berusaha untuk pulihkan keadaan tapi mereka buat bodoh je? Anda dah cuba yang terbaik. Tapi kalau anda rasa susah sebab anda sayangkan mereka, then fight lagi. Kalau dah penat, biarkan mereka. Bila mereka dah sedar, kita tepuk tangan kuat² dekat mereka. Kita hargai mereka yang dah sedar dengan sikap bodoh mereka tu. Okay? ;)

p/s Papehal just ingat, Allah nak uji anda. DIA sayang anda dan itulah sebab kenapa anda diuji sebegini rupa. Allah Maha Adil. Jika dia bukan yang terbaik, akan ada yang datang suatu hari nanti. You just have to wait.