"sesuatu ucapan yang menyatakan kesediaan dan kesanggupan untuk berbuat sesuatu".WHAT?! Cuba anda compare kan maksud janji diatas dengan apa yang anda dah berjanji? Eh, sanggup ke anda berbuat sesuatu? Atau sekadar kata-kata yang manis yang dilontarkan sesuka hati untuk menjaga hati sesuatu pihak? Boleh jadi. Cuba fikirkan ... Tak rasa pelik ke, bila seseorang tu nak berjanji, dia menggunakan kata-kata yang manis gila nak mampus, Ibarat guna gula berpaket-paket, memang boleh kena diabetis lah, tapi langsung tak memaksudkannya -.-
Apa point anda berjanji manis bagai, kalau alasan just nak jaga hati? Baik tak payah janji. Cuba bayangkan, bila suatu hari nanti anda memungkiri janji tersebut. Tak ke sedih si dia rasa, yelah. Anda dah beri dia harapan yang tinggi. Last last, anda just blah buat poker face macam anda tak buat salah. Bila ungkit sikit, anda kata, ada hikmah lah tu. Okay fine, memanglah ada hikmah. Tapi janji tu kan dah macam amanah. Kalau dah tau anda tak kan dapat tunaikan janji tu, jangan lah pepandai nak berjanji. Fikir dahulu sebelum mengeluarkan kata-kata.
Lagi satu yang peliknya, janji untuk forever tapi just kekal 10 saat. Tahu tak? Kebanyakkan orang tidak pernah serius dengan "forever". Ya, forever memang tak wujud, sebab manusia sendiri tak pernah pegang janji kita untuk stay forever, Semua ambil alternatif lain, cari jalan senang, Semua pakai blah, lupa segala janji. Tengok, hebat kan manusia? Cakap tak serupa bikin :D
Cuba lah ambil time, fikir masak-masak. Adakah anda sanggup nak buat apa yang anda nak janji tu. Takda guna pun actually bila anda dah berjanji, lepas tu pakai blah, lupa segalanya. Tidak mendatangkan apa apa selain dosa. Fikirlah, kalau suatu hari nanti seseorang buat anda macam tu, apa anda rasa? Samalah macam apa si dia akan rasa jika anda memungkiri janji.
So kesimpulannya, nak buat janji boleh. Tapi make sure anda berpotensi untuk menunaikan janji anda. Jangan sesekali fikir yang dengan berjanji, masalah selesai. Masalah akan selesai, jika suatu hari nanti anda betul betul tunjuk yang anda berpegang kepada janji tu.
p/s Promises mean everything. Once their broke, sorry means NOTHING (!)