February 15, 2011

Jealous

Okay, pernah dengar perkataan jealous? Actually apa tu jealous? Jealous boleh didefinisikan dalam pelbagai cara. Okay stop. Bukan nak belajar BM apa kat sini --- Manusia ni memang dah diciptakan sekali package dengan sifat jealous kan? So meh sini nak cerita pasal apa gua punya jealous.

1. Jealous tengok belog orang 
I was wondering, apasal belog diorang tu lawa lawa sangat? Dan, diorang macam ada je yang nak diceritakan. Walaupun kengkadang gua sendiri tak paham apa diorang merepek tapi bila tengok feedback, ada yang like. Okay itu pelik. Atau gua yang pelik sebab tak paham? Dah, sama sama pelik.
Saya tahu belog korang lawa. Macam mana korang edit belog korang. Dah dah, belog korang lawa, Jealous ni. Dah, shuh shuh XD

2. Jealous tengok budak pandai
Ya, benda ni siapa tak jealous? Semua jealous kan. Tapi paling gua jealous bila tengok kawan kawan gua jawab Maths guna sebelah mata je o.- Senang je tengok. Tapi bila sampai kat gua, ternganga sampai air liur meleleh. Dan dan, jealous tengok orang pandai speaking. I also can shekiping but not too goodlah *BI hancus XD

Okay, yang atas ni main main je. Ni serious -.-


Apa yang anda dapat perhatikan daripada gambar diatas?

a) Oh, mereka happy. Comelnya x)
b) Bestnya kalau aku pun macam diorang. Sweet je.
c) Eh jap, kenapa dengan yang hujung sekali tu? Adakah dia . . .
d) Gambar ni lawa . Apa yang kau cuba nak sampaikan ?
e) Ini jari orang, aku tau tu -.-

Okay, berapa ramai yang rasa jawapan dia A / B ? Anda sangatlah mementingkan diri sendiri! Siapa yang rasa jawapan dia D / E ? Anda sangatlah annoying. Blah kau XD Siapa rasa jawapan dia C? Meh sini, kita duduk sama sama.

Sometimes, kita ni tak nampak apa ada depan kita. Kita tk habis habis cuba nak cari yang lain, nak cari yang perfect lah kononnya. Kenapa? Sebab manusia memang tkkan pernah bersyukur dengan apa yang ada depan mata kita sampai kita kehilangannya. Dah, jangan nak point sesiapa sebab actually benda ni ada dalam diri setiap orang, including YOU. Yeah, you. Yang tengah baca ni.

Sometimes kita tak nampak yang ada seseorang yang dah banyak berkorban untuk kita. Tak kesah lah sama ada benda tu sekecil mana sekali pun, selagi ia dipanggil 'pengorbanan', selagi tu benda tu berharga. Kengkadang, pengorbanan ni tak perlu buat besar besaran, that's why kita tk nampak so kita tak boleh nak cop seseorang tu tak pernah berkorban untuk kita. Tapi, kengkadang pengorbanan tu mmg boleh dilihat tapi kita still tak dapat nak faham. Kenapa? Sebab pengorbanan yang seseorang tu bagi bukan dari orang yang kita spot akan berkorban untuk kita. Betul tak?

Chop! Apa kene mengena benda ni dengan jealous? Actually, kita tak bolehlah nak marah orang yang marah kita. Paham? HAHA. Sometimes, orang yang marah kita rapat dengan orang lain tu, sebenarnya sebab dia jealous dan jealous kan tandanya sayang? Kalau kita marah dia, sama macam kita marah dia sayang kita. Kita nak dia sayang kita tapi kita marah dia jealous kita rapat dengan orang lain? Sama macam kita nak dia sayang kita tapi kita marah dia sayang kita. Bukan ke tu pelik?

So, sama sama kita buka mata dan buka minda. First, hargai orang yang ada depan kita. Tu paling penting. Second, nak jealous pun jealous lah benda yang elok elok. Ni nak jealous sebab muka dia lawa apa bagai buat apa? Okay ^^,

Ini sebab mengapa saya jealous. Jangan marah saya :)