Aw aw, awak sungguh berkarisma :DD Tidak lama lagi, awak akan jadi milik saya. Awak, tunggu eh. Awak pandai² lah minta restu mak saya, tau tau. Saya rasa, dia dah mula faham saya. Semalam, dia cakap pasal awak. Dia kata awak bagus. Tak.. dia kata mcm ni, "kawan mak kata yang ni bagus". Cuba teka, dia tunjuk gambar awak. Saya terus diam tanpa kata. Saya sangatlah tk sangka. Saya nak awak, saya sayang gila² kat awak. Saya janji, bila awak dah jadi milik saya, saya akan jaga awak sebaik mungkin. Saya tknak awak sakit, tk pasal² saya juga kena keluarkan duit semata-mata nak tengok awak sihat. Tapi, kalau mak saya tk benarkan, saya minta maaf. Tapi saya akan sentiasa berharap agar awak datang menyinari hidup saya. Saya sayang gila kat awak ♥
Heeeee :D Asal? Gelabah lah tu XD HAHA, sesekali cerita pasal future boyfriend, bak kata Anita, tkkan tk boleh kot? haha, ayat gedik je kot. Oh oh, nk tengok gambar dia? Boleh tu boleh tapi... jangan sampai anda terjatuh hati sudah. Menangis tk berlagu nanti :'| Okay, meet him :-
HAHA, meet Hazel. (ah, jangan nak menggedik. Hazel tu yang lain) Meet lah si Nikon ni. Handsome kan :') Dia ni jual mahal sikit, sampai RM2000 ++. Tapi untung gila siapa yang dapat dia. Sebab dia sweet, dia simpan segala gambar² dan kenangan² kita dalam hati dia. Sweet kan? Sayang, saya harap awak akan jadi milik saya suatu hari nanti. You are the only thing that keeps me wishing on the wishing stars ^.^ (ciplak lirik lagu)