Pengajaran yg saya dapat pada hari ini ialah :
1. Siasat dahulu sebelum tuduh-tuduh. Contohnya, kadang-kadang seseorang itu tidak akan menceritakan semua kpd rakannya. Jadi, jangan percaya 100% kpd rakannya itu, Sebaliknya tanya tuan punya badan. Kesian si tuan punya badan, free free kne tuduh D:
2. Berpeganglah kepada janji. Jangan sesekali kita cuba mengingkarinya. Okey, kadang-kadang memang kita TER-mungkiri janji tu tapi bile da TER-mungkir janji tu, pepandai lah mintak maaf. Dan, rujuk no (1)
3. Kita kena jujur. Kenapa mesti sorokkan perasaan sebenar? Memang kadang-kadang malu sebab takut kita hanya bertepuk sebelah tangan tapi siapa tahu, si dia juga mempunyai perasaan yang sama dkt kita? Dan, kita tak tahu bila hari terakhir kita dpt lihat si dia bernafas :'(
4. Kawal kemarahan. Hey, kemarahan boleh buat kita menyesal seluruh hidup kita. Tak rugi klau kita kawal kemarahan kita, plus banyak kelebihannya. Allah suka orang yg bersabar :D
5. Hargailah orang yg ada disisi kita sebelum kita kehilangannya. Tak perlu lah nak meletakkan harapan yg tinggi dekat si dia, mungkin dia hanya suka kan kita. Tp tak sayang kita pon. So, kan lebih baik klau kita dgn orang yg sayangkan kita.
Uh uh, benda ni da selalu jadi kan? Dan ia sentiasa jadi dan jadi dan jadi lagi. Inilah kehidupan. Manusia takkan pernah lari dr kesilapan. Tp, belajarlah dari kesilapan. CHAIYYOK !